Playlist

Selamat Datang

Thursday, 20 February 2014

Permaisuri Nefertiti

Nefertiti (kecantikan telah muncul) adalah Permaisuri Agung, isteri Firaun Amenhotep IV (kemudian bergelar Akhenaten), dan merupakan ibu mertua dan mungkin ibu tiri dari Firaun Tutankhamun. Baginda juga berkemungkinan memerintah kerajaan dalam waktu singkat dengan nama Neferneferuaten-Nefertiti (bermaksud, Atenmemancarkan sinarnya kerana kecantikan telah muncul) setelah suami baginda mangkat dan sebelum bertakhtanya Tutankhamun. Secara kasar, namanya diterjemahkan menjadi "wanita yang cantik (atau sempurna) telah datang, tiba atau muncul". Sebahagian namanya juga bermaksud manik-manik emas yang terjulur panjang, disebut nefer, yang sering dipakainya. Baginda terkenal dengan patungnya, yang sekarang berada di Muzium Altes Berlin . Patung ini merupakan karya yang banyak ditiru. Dibuat oleh pengukir bernama Thutmose, dan ditemui di peninggalan tempat dia bekerja. Patung ini menjadi contoh bahawa pada zaman Mesir kuno sudah ada pemahaman wajah realistik. 


Hingga kini, tiada rekod sahih dijumpai boleh memberitahu siapakah ibu bapa Permaisauri Agung Mesir Purba ini. Para arkeologi mengusulkan bahawa Nefertiti mungkin seorang Puteri Mitanni.
Pada tahun keempat (1346 Sebelum Masihi) pemerintahan Amenhotep IV, beliau telah memulakan revolusi agama di Mesir yang menaikkan kemarahan pendeta-pendeta di situ. Amenhotep memperkenalkan tuhan Aten, iaitu tuhan matahari. Dengan memperkenalkan tuhan matahari ini, Amenhotep membuang semua kepercayaan tentang tuhan lain dan menyuruh rakyatnya menyembah satu tuhan sahaja - Aten. Amenhotep juga mengubah namanya kepada Akhenaten untuk menunjukkan ketaatannya kepada tuhan Aten.

Tarikh sebenar bila Nefertiti berkahwin dengan Amenhotep IV juga tidak dapat disahihkan oleh para arkeologi mesir purba, tetapi perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata perempuan (Yang diketahui berdasarkan rekod mesir purba). Berikut adalah senarai nama anak beliau;
1. Meritaten 2. Meketaten 3. Ankhsenpaaten, juga dikenali sebagai Anks-su-namun 4. Neferneferuaten Tasherit 5. Neferneferure 6. Setepenre . 


Pada tahun ketujuh pemerintahan beliau, Akhenaten memindahkan pusat pemerintahan mesir dari Thebes ke Amarna, bandar baru Amarna di bina untuk mentaati tuhan baru mereka.
Perkembangan agama baru ini boleh dikatakan hasil usaha Nefertiti, bukan Akhenaten seorang. Ini membuktikan kuasa beliau yang gah dalam dunia politik Mesir Purba.
Semasa pemerintahan Akhenaten, Nefertiti dipercayai memegang kuasa yang lebih besar daripada kuasa seorang permaisuri. Kemungkinan besar, kedudukan beliau telah di naik taraf sehingga sama trafnya dengan pemerintah. Pemerintahan mesir purba pada zaman Firaun Akhenaten mungkin adalah pemerintahan bersama antara Akhenaten dan Nefertiti.
Ukiran gambaran beliau di dinding kuil kebanyakannya bersaiz sama dengan Akhenaten. Ini membuktikan kepentingan beliau dalam politik Mesir. Persamaan saiz itu menunjukkan bahawa beliau dan Akhenaten mempunyai kepentingan yang sama dalam Politik Mesir Purba.
Pada tahun keempat belas pemerintahan Akhenaten, rekod tentang Nefertiti lenyap begitu sahaja. Ada ahli arkeologi yang membuat teori bahawa Nefertiti mati disebabkan wabak penyakit yang melanda kawasan itu pada ketika itu. Ada juga teori yang mengatakan Nefertiti tidak lagi disukai oleh suaminya. Kerana rekod sejarah selepas itu menunjukkan bahawa Akhenaten banyak merujuk kepada isteri kedua beliau - Kia, yang juga ibu kepada Tutankhamun.
Teori yang paling menarik sekali adalah Nefertiti telah dibunuh oleh Pendeta Mesir Purba kerana memulakan Revolusi Agama di Amarna. Kepercayaan primitif tentang kematian pada zaman Mesir Purba adalah, apabila seseorang itu mati, nama beliau perlulah disebut supaya beliau boleh memulakan perjalanan pada dalam kehidupan selepas mati. Rekod tentang Nefertiti dihapuskan supaya tiada sesiapa yang akan menyebut namanya. Pendita itu mahu Nefertiti tersiksa pada kehidupan selepas mati.
x

Tuesday, 18 February 2014

Egyptian Goddess - Isis

Isis.svg
Isis is a goddess in Ancient Egyptian religious beliefs, whose worship spread throughout the Greco-Roman world. She was worshipped as the ideal mother and wife as well as the patroness of nature and magic. She was the friend of slaves,sinners, artisans and the downtrodden, but she also listened to the prayers of the wealthy, maidens, aristocrats and rulers. Isis is often depicted as the mother of Horus, the hawk-headed god of war and protection (although in some traditions Horus's mother was Hathor). Isis is also known as protector of the dead and goddess of children.
The name Isis means "Throne" . Her headdress is a throne. As the personification of the throne, she was an important representation of the pharaoh's power. The pharaoh was depicted as her child, who sat on the throne she provided.
In the typical form of her myth, Isis was the first daughter of Geb, god of the Earth, and Nut, goddess of the Sky, and she was born on the fourth intercalary day. She married her brother, Osiris, and she conceived Horus with him. Isis was instrumental in the resurrection of Osiris when he was murdered by Set. Using her magical skills, she restored his body to life after having gathered the body parts that had been strewn about the earth by Set .
This myth became very important during the Greco-Roman period. For example it was believed that the Nile River flooded every year because of the tears of sorrow which Isis wept for Osiris. Osiris's death and rebirth was relived each year through rituals.

Thursday, 13 February 2014

Dewi Athena


Mattei Athena Louvre Ma530 n2.jpg

Athena  juga dirujuk sebagai Pallas Athena  adalah dewi tamadunkebijaksanaan, kekuatan, strategi, kemahiran, keadilan dan kerajinan dalam mitologi Yunani. Minerva, jelmaan Romawi bagi Athena, mempunyai sifat-sifat yang serupa. Athens juga merupakan kawan yang bijaksana bagi pahlawan dan dewi pahlawan. Dia adalah perawan dan pelindung kota Athens. Orang-orang Athens membina Parthenon di sebuah Acropolis yang diberi namanya, Athens, demi menghormatinya (Athens Parthenos). Kediamannya ialah Gunung Olympus , simbolnya pula ialah burung hantu ,manakala ibu bapanya ialah Zeus dan Metis serta dewi ini tidak mempunyai adik - beradik .

Parthenon merupakan kuil Yunani di Akropolis Athen yang dibina khas untuk dewi Athena. Pembinaannya bermula pada 447 SM apabila Empayar Athen berada pada kekuasaan tertingginya. Ia disiapkan pada 438 SM, walaupun hiasan Parthenon berterusan sehingga 432 SM. Parthenon dianggap sebagai simbol demokrasi Yunani Kuno dan Athen, dan merupakan salah satu monumen budaya terhebat di dunia.


Tuesday, 11 February 2014

Kisah Piramid Agung Kufu




Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun. 
Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza, Mesir. Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan.

Beberapa ratus meter dari barat daya Piramid ini terletaknya Piramid Khafre, yakni makam waris Khufu yang membina Sfinks Agung. Lagi beberapa ratus meter dari barat daya Piramid Khafre terletaknya Piramid Menkaure yang merupakan makam waris Khafre. Tingginya hanya setengah daripada Piramid Khafre. Walau bagaimanapun daripada gambarfoto, ia kelihatan tertinggi di kalangan ketiga-tiga piramid disebabkan ia lebih curam dan dibina di atas tanah yang lebih tinggi.
Sewaktu pembinaannya, ketinggian Piramid Agung Kufu adalah setinggi 146.5 meter (481 kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan pencurian batu yang berada di kedudukan atas, ketinggian kini adalah pada 139 meter (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukuran 231 meter (758 kaki) dan meliputi kawasan seluas 5.3 hektar (13 ekar).

Thursday, 6 February 2014

Lagu Let It Go



Salah satu lagu favorit yang menyentuh hati saya (hati orang lain tak tahu la) , Let It Go dari cerita Frozen . Penyanyinya Idina Menzel yang memegang watak Elsa The Snow Queen dalam cerita tu . Ni lyric nya.

The snow glows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen
A kingdom of isolation,
And it looks like I’m the Queen.

The wind is howling like this swirling storm inside
Couldn’t keep it in, heaven knows I tried

Don’t let them in, don’t let them see
Be the good girl you always have to be
Conceal, don’t feel, don’t let them know
Well, now they know

Let it go, let it go
Can’t hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn away and slam the door

I don’t care
What they’re going to say
Let the storm rage on,
The cold never bothered me anyway

It’s funny how some distance
Makes everything seem small
And the fears that once controlled me
Can’t get to me at all

It’s time to see what I can do
To test the limits and break through
No right, no wrong, no rules for me
I’m free

Let it go, let it go
I am one with the wind and sky
Let it go, let it go
You’ll never see me cry

Here I stand
And here I'll stay
Let the storm rage on

My power flurries through the air into the ground
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I’m never going back,
The past is in the past

Let it go, let it go
When I'll rise like the break of dawn
Let it go, let it go
That perfect girl is gone

Here I stand
In the light of day
Let the storm rage on,
The cold never bothered me anyway

Ni pula video asal dari cerita Frozen .