Inilah lirik lagu PadaMu Ku Bersujud oleh Afgan , video kedua yang saya hasilkan dalam kelas komputer .
UMI SABIRA
Diari tentang kehidupan saya selepas SPM
Playlist
Selamat Datang
Thursday, 24 April 2014
Tuesday, 15 April 2014
Video pertama : Pusat Tuisyen
Ini adalah video pertama yang dibuat semasa kursus komputer di Pusat Tuisyen Akademik Maju .
Ia adalah mengenai pusat tuisyen ini .
Tuesday, 8 April 2014
Mitologi Yunani - Siren
Dalam dongeng Yunani, Siren atau Seirenes adalah makhluk legenda, termasuk kaum Naiad (salah satu kaum nimfa) yang hidup di lautan. Mereka tinggal di sebuah pulau yang bernama Sirenum Scopuli atau menurut beberapa tradisi berbeza, mereka tinggal di Tanjung Pelorum, pulau Anthemusa, pulau Sirenusian dekat Paestum, atau di Capreae, yang semuanya adalah tempat-tempat dikelilingi batu karang dan tebing. Mereka menyanyikan lagu-lagu memikat hati yang membuat para pelayar yang mendengarnya terbuai sehingga kapal mereka nahas terlanggar karang dan tenggelam.
Konon-kononnya mereka adalah puteri-puteri Achelous (oleh Terpischore, Melpomene, atau Sterope) atau Porchys. Menurut sumber-sumber seperti karya “Homer”, jumlah mereka antara dua atau lima. Beberapa sumber dikumpulkan sehingga jumlah mereka menjadi sembilan. Nama-nama mereka adalah Aglaophonos atau Aglaope , Leucosia , Ligeia , Molpe , Parthenope , Pisinoe atau PeisinoĆ« , Raidne , Teles dan Thelxiepia atau Thelxiope atau Thelxinoe .
Menurut beberapa versi, mereka adalah teman bermain Persephone semasa kecil.
Dalam beberapa bahasa (seperti bahasa Sepanyol, Perancis, Itali, Poland, dan Portugis), kata yang digunakan untuk merujuk kepada duyung adalah “Siren”, “Sirena”, “Syrena”, atau “Sereia” yang membingungkan penterjemahan antara makhluk manusia-ikan “duyung” ataupun “Siren”, makhluk yang dibincangkan ini. Dalam bahasa Inggeris, “Siren” tidak bererti “duyung”.
Kisah pertemuan dengan para Siren juga diceritakan dalam petualangan Jason, Argonautica. Chiron memperingatkan Jason bahwa Orpheus kelak akan sangat berguna dalam perjalanannya. Ketika Jason dan kapalnya melewati pantai berkarang yang menjadi habitat para Siren, Orpheus mendengar suara mereka yang merdu. Lalu ia memainkan harpa dengan nyanyian yang lebih merdu daripada nyanyian para Siren. Karena merasa kalah, para Siren menceburkan diri ke laut.
Konon-kononnya mereka adalah puteri-puteri Achelous (oleh Terpischore, Melpomene, atau Sterope) atau Porchys. Menurut sumber-sumber seperti karya “Homer”, jumlah mereka antara dua atau lima. Beberapa sumber dikumpulkan sehingga jumlah mereka menjadi sembilan. Nama-nama mereka adalah Aglaophonos atau Aglaope , Leucosia , Ligeia , Molpe , Parthenope , Pisinoe atau PeisinoĆ« , Raidne , Teles dan Thelxiepia atau Thelxiope atau Thelxinoe .
Menurut beberapa versi, mereka adalah teman bermain Persephone semasa kecil.
Dalam beberapa bahasa (seperti bahasa Sepanyol, Perancis, Itali, Poland, dan Portugis), kata yang digunakan untuk merujuk kepada duyung adalah “Siren”, “Sirena”, “Syrena”, atau “Sereia” yang membingungkan penterjemahan antara makhluk manusia-ikan “duyung” ataupun “Siren”, makhluk yang dibincangkan ini. Dalam bahasa Inggeris, “Siren” tidak bererti “duyung”.
Pada lukisan awal seni Yunani, Siren dilukis sebagai burung dengan kepala perempuan yang besar dengan kaki bersisik, kadang-kadang sebagai bayangan hantu seekor singa. Kemudian, mereka dilukis sebagai sosok wanita berkaki burung, bersayap atau tidak, memainkan alat-alatan muzik, khususnya harp. "Suda", ensiklopedia Byzantine abad ke-10, menerangkan bahawa Siren dari dada ke atas menyerupai Burung Layang-layang, manakala bahagian bawah adalah wanita, atau burung kecil dengan wajah wanita. Burung dipilih kerana suara merdunya. Kemudian, pada masa-masa berikutnya Siren juga kadang kala dilukis sebagai wanita cantik, dengan badan -bukan suaranya sahaja- menggoda.
Kisah pertemuan dengan para Siren diceritakan dalam kisah Odyssey. Pada suatu ketika, ketika Odysseus harus melewati pantai berkarang yang dihuni oleh para Siren, ia menyuruh seluruh anak kapalnya untuk menyumbat telinga mereka dengan lilin agar tidak mendengar suara para Siren yang menghanyutkan hati. Ia sendiri ingin diikat pada tiang dengan tidak menyumbat telinga kerana penasaran seperti apa nyanyian para Siren tersebut. Ketika ia mendengar suara merdu para Siren, ia memberontak dan menyuruh anak kapalnya agar melepaskan tali yang mengikat dirinya ke tiang kapal. Para anak kapalnya menolak. Ketika kapal mereka sudah jauh dari Siren, Odysseus berhenti memberontak dan menjadi tenang, setelah itu dibebaskan. (Odyssei XII, 39).Kisah pertemuan dengan para Siren juga diceritakan dalam petualangan Jason, Argonautica. Chiron memperingatkan Jason bahwa Orpheus kelak akan sangat berguna dalam perjalanannya. Ketika Jason dan kapalnya melewati pantai berkarang yang menjadi habitat para Siren, Orpheus mendengar suara mereka yang merdu. Lalu ia memainkan harpa dengan nyanyian yang lebih merdu daripada nyanyian para Siren. Karena merasa kalah, para Siren menceburkan diri ke laut.
Thursday, 27 March 2014
Kisah Nabi Muhammad S.A.W
‘Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahab bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, ‘Abdullah. Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan. Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah. ‘Abd Muttalib telah mengutus ‘Abdullah ke Yathrib untuk mengambil bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam.‘Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Ja’di. Ketika itu, ‘Abdullah berusia 25 tahun.
Baginda dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim dan dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabi’ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi.
Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan ialah 14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur , Api sembahan orang Majusi terpadam , Gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh . Apabila Abd al-Muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, dia terus ke Ka’bah lalu berdo’a dan bersyukur. Lantas diberi nama MUHAMMAD, nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab ketika itu. Orang yang pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah, iaitu seorang hamba kepada Abu Lahab. Hidup Dalam Keluarga Bani Sa’ad (sehingga umur 4-5 tahun)
Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat, supaya bebas dari dijangkiti penyakit masyarakat setempat, menguatkan fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak terebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi. ‘Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad untuk dipelihara oleh Bani Sa’ad dan disusukan oleh Halimah al-Sa’diyyah. Selepas 4 atau 5 tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam oleh Jibril.
Selepas peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, lalu memulangkan Baginda kepada ibunya, Aminah.Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh Abd al-Muttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita). Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan. Dalam perjalanan pulan ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah). Anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam itu terpaksa menjadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun.
Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Peristiwa lama iaitu kematian anaknya Abdullah kembali datang menerjah ke dalam memorinya . Beliau membawa pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Apabila umur Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam mencecah 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di Makkah. Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu ‘alaihi wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung bapanya.
Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin. Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib. Antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah:
Hujan turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Yang mana ketika itu Makkah dilanda kemarau. Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira. Setelah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, “Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam.” Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya. Lalu Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah semula.
Pada umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan yang dipanggil Peperangan Fijar.
Peperangan tersebut adalah di antara orang Quraisy dan sekutu - sekutu mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin ‘Aylan.
Pada zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Banyak riwayat mengatakan Baginda mengembala kambing. Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah. Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam. Baginda dibantu oleh hamba Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam. Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut. Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlaq mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah. Maklumat ini diperolehi dari Maysarah. Khadijah yang sebelum ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy, telah tertarik dengan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Khadijah ketika itu berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda setuju. Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda.

Pada usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam pembinaan semula Ka’bah dan Isu Tahkim. Pada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH. Pada saat inilah, kehidupan Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam mula menerima pelbagai tentangan dan halangan yang besar. Dan Abu Talib telah banyak bertindak melindungi Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia…
Tuesday, 4 March 2014
Permaisuri Hatshepsut
Beliau lahir sekitar 1508 SM dan mangkat pada tahun 1458 SM .
Makam beliau ialah KV20 (dimakamkan semula di KV60)
Monumennya ialah Kuil Karnak, Deir el-Bahri, Speos Artemidos .
Thursday, 20 February 2014
Permaisuri Nefertiti
Hingga kini, tiada rekod sahih dijumpai boleh memberitahu siapakah ibu bapa Permaisauri Agung Mesir Purba ini. Para arkeologi mengusulkan bahawa Nefertiti mungkin seorang Puteri Mitanni.
Pada tahun keempat (1346 Sebelum Masihi) pemerintahan Amenhotep IV, beliau telah memulakan revolusi agama di Mesir yang menaikkan kemarahan pendeta-pendeta di situ. Amenhotep memperkenalkan tuhan Aten, iaitu tuhan matahari. Dengan memperkenalkan tuhan matahari ini, Amenhotep membuang semua kepercayaan tentang tuhan lain dan menyuruh rakyatnya menyembah satu tuhan sahaja - Aten. Amenhotep juga mengubah namanya kepada Akhenaten untuk menunjukkan ketaatannya kepada tuhan Aten.
Tarikh sebenar bila Nefertiti berkahwin dengan Amenhotep IV juga tidak dapat disahihkan oleh para arkeologi mesir purba, tetapi perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata perempuan (Yang diketahui berdasarkan rekod mesir purba). Berikut adalah senarai nama anak beliau;
1. Meritaten 2. Meketaten 3. Ankhsenpaaten, juga dikenali sebagai Anks-su-namun 4. Neferneferuaten Tasherit 5. Neferneferure 6. Setepenre .
Pada tahun ketujuh pemerintahan beliau, Akhenaten memindahkan pusat pemerintahan mesir dari Thebes ke Amarna, bandar baru Amarna di bina untuk mentaati tuhan baru mereka.
Perkembangan agama baru ini boleh dikatakan hasil usaha Nefertiti, bukan Akhenaten seorang. Ini membuktikan kuasa beliau yang gah dalam dunia politik Mesir Purba.
Semasa pemerintahan Akhenaten, Nefertiti dipercayai memegang kuasa yang lebih besar daripada kuasa seorang permaisuri. Kemungkinan besar, kedudukan beliau telah di naik taraf sehingga sama trafnya dengan pemerintah. Pemerintahan mesir purba pada zaman Firaun Akhenaten mungkin adalah pemerintahan bersama antara Akhenaten dan Nefertiti.
Ukiran gambaran beliau di dinding kuil kebanyakannya bersaiz sama dengan Akhenaten. Ini membuktikan kepentingan beliau dalam politik Mesir. Persamaan saiz itu menunjukkan bahawa beliau dan Akhenaten mempunyai kepentingan yang sama dalam Politik Mesir Purba.
Pada tahun keempat belas pemerintahan Akhenaten, rekod tentang Nefertiti lenyap begitu sahaja. Ada ahli arkeologi yang membuat teori bahawa Nefertiti mati disebabkan wabak penyakit yang melanda kawasan itu pada ketika itu. Ada juga teori yang mengatakan Nefertiti tidak lagi disukai oleh suaminya. Kerana rekod sejarah selepas itu menunjukkan bahawa Akhenaten banyak merujuk kepada isteri kedua beliau - Kia, yang juga ibu kepada Tutankhamun.
Teori yang paling menarik sekali adalah Nefertiti telah dibunuh oleh Pendeta Mesir Purba kerana memulakan Revolusi Agama di Amarna. Kepercayaan primitif tentang kematian pada zaman Mesir Purba adalah, apabila seseorang itu mati, nama beliau perlulah disebut supaya beliau boleh memulakan perjalanan pada dalam kehidupan selepas mati. Rekod tentang Nefertiti dihapuskan supaya tiada sesiapa yang akan menyebut namanya. Pendita itu mahu Nefertiti tersiksa pada kehidupan selepas mati.
x
Tuesday, 18 February 2014
Egyptian Goddess - Isis
Isis is a goddess in Ancient Egyptian religious beliefs, whose worship spread throughout the Greco-Roman world. She was worshipped as the ideal mother and wife as well as the patroness of nature and magic. She was the friend of slaves,sinners, artisans and the downtrodden, but she also listened to the prayers of the wealthy, maidens, aristocrats and rulers. Isis is often depicted as the mother of Horus, the hawk-headed god of war and protection (although in some traditions Horus's mother was Hathor). Isis is also known as protector of the dead and goddess of children.
The name Isis means "Throne" . Her headdress is a throne. As the personification of the throne, she was an important representation of the pharaoh's power. The pharaoh was depicted as her child, who sat on the throne she provided.
In the typical form of her myth, Isis was the first daughter of Geb, god of the Earth, and Nut, goddess of the Sky, and she was born on the fourth intercalary day. She married her brother, Osiris, and she conceived Horus with him. Isis was instrumental in the resurrection of Osiris when he was murdered by Set. Using her magical skills, she restored his body to life after having gathered the body parts that had been strewn about the earth by Set .
This myth became very important during the Greco-Roman period. For example it was believed that the Nile River flooded every year because of the tears of sorrow which Isis wept for Osiris. Osiris's death and rebirth was relived each year through rituals.
Subscribe to:
Posts (Atom)